Thursday, September 30, 2010

Budu Terengganu


Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.

Monday, September 27, 2010

Panggung pertama di Terengganu yang mesra OKU

Jika sebelum ini penduduk Terengganu perlu memandu jauh sehingga ke negeri-negeri jiran untuk menonton filem-filem menarik, kini mereka tidak perlu bersusah payah dengan adanya panggung wayang baru yang mula beroperasi 25 September lalu di Kemaman.


Pawagam terbaru berkenaan yang mempunyai lima panggung dengan 780 tempat duduk, dibangunkan di dalam pusat beli-belah serba moden iaitu Mesra Mall yang bernilai RM100 juta serta dimajukan oleh KLCC (Holdings) Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Operasi TGV Cinemas, Kenny Wong berkata, TGV ingin membekalkan semua orang termasuk pelancong dengan pengalaman menonton filem yang menghibur dan menyeronokkan.

"Dengan pembukaan multipleks ini, penduduk Kemaman kini boleh menyelami keseronokan menonton wayang yang dijanjikan oleh TGV Cinemas," katanya.

Menurut beliau, TGV Mesra Mall menampilkan reka bentuk serba baru dan kontemporari yang berasaskan konsep keremajaan, selaras dengan usaha TGV Cinemas untuk menarik minat golongan muda.

"Wajah baru ini diperkenalkan pertama kali sempena pembukaan multipleks Wangsa Walk April lalu yang mendapat sambutan menggalakkan.

"Reka bentuk yang menitikberatkan keselesaan penonton dan memperlihatkan persekitaran berasaskan gaya hidup serta ruang menunggu yang lapang akan membuatkan penonton berasa santai sementara menunggu tayangan filem bermula," katanya.

Mesra OKU

Tambahnya, tempat duduk dalam pawagam memberikan ruang antara tempat duduk yang lebih lebar dan ruang letak kaki yang lebih panjang untuk menjamin keselesaan pengunjung.

Ujarnya, multipleks itu juga menitikberatkan golongan kurang upaya (OKU) dengan menyediakan keperluan tandas yang direka bentuk khas untuk mereka termasuk laluan bagi kerusi roda dari foyer ke pawagam.

"Kami cuba menyediakan ruang santai yang sempurna untuk pelanggan kami kerana kami mahu menjadikan pengalaman ke pawagam bukan sahaja sekadar menonton wayang tetapi untuk bergembira bersama insan tersayang," katanya.


Sebagai menghargai sokongan penonton di Terengganu, sempena pembukaan TGV Mesra Mall baru-baru ini, TGV memberikan ganjaran tiket percuma untuk dua sesi pertama tayangan pada hari pembukaan. Sebanyak 1,000 tiket habis diberikan kepada pengunjung pada 25 September lalu.

Selain itu, mereka yang membeli set kombo pula mendapat minuman Coca-cola atau F&N Seasons Soya dalam tin secara percuma.

TGV Cinemas adalah pemilik dan pengendali pawagam multipleks terulung di Malaysia yang terletak di pusat beli-belah utama di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Setakat ini TGV sudah mempunyai 15 multipleks dengan 114 skrin dan hampir 23,000 tempat duduk.

- KOSMO!

Untuk maklumat lanjut tarikh tayangan , boleh klik link dibawah

Wednesday, September 22, 2010

Pantai Kemasik Kemaman


Pantai Kemasik yang terletak di Kemasik di dalam daerah Kemaman merupakan pantai yang indah dengan batuan, lagun dan mempunyai ciri-ciri geografi yang lengkap dengan bukit bukau, pasiran yang landai serta landskap perkampungan nelayan yang begitu klasik dancantik. Pantai ini terletak di tepi jalan dari arah Kuala Terengganu - Kuantan.

Pantai Kemasik merupakan pantai yang amat indah dengan pasir keemasan yang air yang jernih. Ini disebabkan pantai Kemasik mengadap lautan lepas menyebabkan tiada lumpur mendak pada kawasan pantai ini. Terdapat tebing bukit berbatu di sebelah pantai kemasik ini







Sunday, September 19, 2010

Kedai Kopi Hai Peng Kemaman



Kedai kopi Hai Peng dikatakan mula beroperasi sejak tahun 1940-an dahulu dan cukup popular di kalangan pengunjung sama ada dari kalangan masyarakat setempat mahupun orang luar. Walaupun kedai kopi ini milik peniaga Cina namun pekerjanya adalah masyarakat Melayu setempat dan ini menyebabkan ia turut popular di kalangan masyarakat melayu. Kedai yang terletak betul-betul di tengah-tengah bandar dan laluan utama jalan Kemaman-Dungun ini pastinya menjanjikan sesuatu yang istimewa kepada pengunjungnya.

Alamat - Kedai Kopi Hai Peng , 3753 Jalan Sulaimani, Kemaman, Terengganu.

Saturday, September 18, 2010

Pantai Teluk Kalong


Pantai Teluk Kalong terletak di Kampung Teluk Kalong, Kemaman . Pantai ini selalu menjadi tumpuan penduduk Kampung Teluk Kalong dan juga orang luar untuk menganjurkan pelbagai aktiviti yang menarik. . Acara terbesar yang pernah diadakan di Pantai Teluk Kalong adalah Karnival Sua Rasa TV9 yang telah diadakan pada tahun lepas, iaitu tahun 2009. Syarikat besar seperti Petronas Cari Gali Berhad pernah mengadakan Hari Keluarga Petronas di pantai ini.





Di antara kemudahan yang terdapat di Pantai Teluk Kalong adalah kemudahan tandas awam, gerai makan, taman permainan kanak-kanak, gelanggang badminton, gelanggang futsal, peralatan untuk bermain air (seperti kayak dan bot), pondok rehat dan tempat meletak kenderaan yang secukupnya.





Friday, September 17, 2010

Pantai Teluk Lipat Dungun


Pantai Teluk Lipat yang terletak di daerah Dungun diberi nama kerana kawasannya berteluk dan selalu terhakis apabila datangnya musim monsun timur laut atau tengkujuh. Kawasan berteluk ini telah dibenteng dengan konkrit bagi menghalang hakisan ombak. Ia bermula dari Rumah Pegawai Daerah hinggalah ke kawasan Taman Selera. Walaubagaimana pun pelancong atau anak tempatan boleh bersantai di kawasan lain kerana pantainya terlalu panjang bermula dari muara Sungai Dungun hinggalah ke Kampung Sura Hujung di mana terletaknya Kampus UiTM Dungun dan terletak pula Banjaran Bukit Bauk dan Pantai Rekreasi Teluk Gadung. Jalan raya di sepanjang pantai ini dinamakan Jalan Pantai Sura iaitu yang bermula dari Muzium Daerah Dungun hinggalah ke Kampus Uitm Dungun.

Sepanjang kawasan ini juga mempunyai beberapa hotel antaranya Mayang Sari Resort Dungun , Ulek Beach Resort dan Hotel Uitm Dungun sendiri. Sepanjang pantai ini juga terdapat gelanggang bola sepak pantai, Muzium Daerah Dungun, Rumah Tetamu Dungun, beberapa taman perumahan, dan Kelab Golf Desa Dungun. Terdapat juga pelbagai rekabentuk unik wakaf untuk nelayan dan tempat simpanan bot yang dibina oleh nelayan di sini. Kebanyakkannya dibina dengan menggunakan buluh, kayu dan beratap daun kelapa. 




Di sepanjang pantai ini terdapat banyak restoran, warung dan gerai makanan laut dan makanan tradisi sama ada dibina oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan atau dibina di atas tanah sendiri. Kawasan pantai yang terletak di Kampung Sura Jeti yang berhadapan dengan Sekolah IMTIAZ pula terletaknya kawasan permainan kanak-kanak, trek dan alatan untuk beriadah. Di situ juga terletak tinggalan sejarah zaman perlombongan bijih besi di Bukit Besi antaranya ialah Tiang Opal yang merupakan tiang jambatan untuk mengagihkan bijih besi ke kapal tongkang sebelum di bawa ke tengah laut untuk diangkut dengan kapal kargo. Kesan tinggalan lain ialah batuan dan konkrit yang masih kukuh serta kawasan ini bertanah merah kesan daripada bijih-bijih besi.



Thursday, September 9, 2010

Mercu Tanda Marang



Inilah mercu tanda Marang . Sotong , udang dan kerang menjadi mercu tanda Marang kerana aktiviti candat sotong berlaku disini . Festival candat akan bermula dari 24 April - 8 Mei .

Monday, September 6, 2010

Gambar-gambar di Lapangan Terbang Mahmud









Ketupat Palas


Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Ketupat ini berasal dari Pantai Timur . Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.


Bahan bahan (ingredients):
  • 4 tin susu beras pulut
  • 1 biji kelapa (ambil santan pekat)
  • Sedikit garam
  • Daun palas secukup kegunaan
Cara-cara 
  • Beras pulut dibersih, kemudian direndam, dibasuh dan toskan airnya. Setelah itu dikukus separuh masak.
  • Angkat & gaulkan dengan santan yang dicampur garam, kukuskan semula. Bila pulut telah masak angkat & sejukkan setelah itu bungkuskan didalam daun palas & rebus didalam air panas yang telah mendidih sehingga cukup tanak.
  • Setelah itu keluarkan & gantungkan supaya sejuk.
Cara Hidangan
  • Potongkan dan hidangkan bersama rendang daging @ ayam.

Saturday, September 4, 2010

Bazar Warisan Kuala Terengganu


Bazar Warisan yang mempunyai reka bentuk menarik ini terletak berhampiran dengan Pasar Besar Kedai Payang dan Bukit Puteri . Bazar Warisan kini menjadi tumpuan pelancong yang pertama kali berkunjung ke Terengganu.

Bazar yang dibina dengan kos RM18.4 juta di Jalan Sultan Zainal Abidin ini terletak di pinggir Kuala Terengganu, sejajar dengan matlamat kerajaan negeri untuk menjadikan kota ini sebagai bandar raya persisiran air.

Tambah menarik, reka bentuk kompleks tiga tingkat ini mempamerkan seni bina tradisional Terengganu. Sehingga kini, ia menempatkan pelbagai gerai pengusaha seni warisan tradisional termasuk sutera, batik, songket, tembaga dan cenderamata.

Bersebelahan bazar ini, pengunjung dapat melihat pemandangan indah Bukit Puteri yang menyimpan peristiwa penting dalam sejarah negeri ini. Menara pemerhati dan meriam lama yang masih dipulihara dengan baik, boleh dilihat apabila anda mendaki ke puncak bukit itu.


Pembinaan lif dan tangga bergerak dapat memudahkan orang ramai untuk naik ke tingkat dua dan tiga bangunan itu. Ruang pejalan kaki yang luas juga boleh memberi keselesaan kepada orang ramai untuk bergerak bersama keluarga.

Selepas penat berjalan, orang ramai boleh berehat seketika di beberapa wakaf tempat duduk di hadapan bazar itu. Ada pengunjung mengambil kesempatan bergambar kenangan di beberapa sudut bangunan ataupun menghala ke Bukit Puteri menerusi laluan di tingkat tiga bangunan.

Di tingkat tiga juga, pengunjung boleh menyaksikan keindahan muara Sungai Terengganu. Dari sini, Pulau Duyong yang menjadi lokasi utama penganjuran sukan layar antarabangsa, Piala Monsun dan bot kecil yang berulang-alik ke Kampung Seberang Takir.

Bersebelahan bazar ini, pengunjung dapat melihat pemandangan indah Bukit Puteri yang menyimpan peristiwa penting dalam sejarah negeri ini. Menara pemerhati dan meriam lama yang masih dipulihara dengan baik, boleh dilihat apabila anda mendaki ke puncak bukit itu.

Pembinaan lif dan tangga bergerak dapat memudahkan orang ramai untuk naik ke tingkat dua dan tiga bangunan itu. Ruang pejalan kaki yang luas juga boleh memberi keselesaan kepada orang ramai untuk bergerak bersama keluarga.

Selepas penat berjalan, orang ramai boleh berehat seketika di beberapa wakaf tempat duduk di hadapan bazar itu. Ada pengunjung mengambil kesempatan bergambar kenangan di beberapa sudut bangunan ataupun menghala ke Bukit Puteri menerusi laluan di tingkat tiga bangunan.

Di tingkat tiga juga, pengunjung boleh menyaksikan keindahan muara Sungai Terengganu. Dari sini, Pulau Duyong yang menjadi lokasi utama penganjuran sukan layar antarabangsa, Piala Monsun dan bot kecil yang berulang-alik ke Kampung Seberang Takir.

Friday, September 3, 2010

Pasar Minggu Di Kemaman

Pasar minggu di Kemaman diadakan di tepi Padang Astaka . Dibuka pada hari Isnin , Khamis dan Jumaat . Pelbagai makanan , pakaian dan alatan dijual disini .