Monday, December 31, 2012

Bandar Kemaman Dilanda Banjir Besar

Bermula 24/12 hingga 26/12 hujan tak berhenti-henti di Kemaman . Akibat dari hujan tak berhenti-henti , air di empangan semakin bertambah . Apabila bertambah , terpaksalah dilepaskan untuk mengelakkan daripada pecah . Akibat pelepasan yang drastik (mungkin) maka terjadilah banjir besar di Kemaman .Kemaman mencatatkan mangsa tertinggi yang dipindahkan iaitu seramai 11,106 membabitkan 2,563 keluarga . Dahsyatkan ? Tapi alhamdulillah banjir dah surut tapi keadaan masih berjaga-jaga sebab gelombang kedua banjir mungkin akan ada . Gambar-gambar masa banjir . Nak lebih lagi ? Sila klik link dibawah 










Monday, December 24, 2012

Jalan-jalan Ke Kuala Kemaman

Cuti sekolah tahun ini , kami sekeluarga pergi berjalan-jalan petang di Kuala Kemaman . Singgah di kedai kawan Ummi untuk menziarah sebab dah lama tak ketemu. Ternyata pergi ke Kuala tidak menghampakan kerana saya menemui sesuatu yang unik iaitu pokok dari manik . Sesuai untuk dibuat ole-ole dari Terengganu atau dijadikan gubahan hantaran . Kalau berminat ingin membelinya , bolehlah singgah ke kedai yang tertera alamat seperti dibawah atau berhubung dengan pemiliknya Zaleha 019-9014588 / 019-9152299