Tuesday, October 26, 2010

Pemilik Blog Keindahan Terengganu Telah DiJemput Ke Majlis (PBPT) 2010


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana blog Keindahan Terengganu ini telah layak dan terpilih ke Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu (PBPT) 2010 pada 2 November 2010 di Primula Beach Resort Hotel , Kuala Terengganu .


Tahniah kepada kesemua peserta yang layak dan telah dijemput ke Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu (PBPT) 2010 . Kita berjumpa di sana nanti ! =)

Saturday, October 23, 2010

Seri Bayu Homestay


Seri Bayu Homestay terletak di hadapan Pantai Teluk Lipat Dungun . Saya dan keluarga pernah menginap disini sempena majlis perkahwinan saudara saya . Harga penginapan sangat berpatutan . Keadaan homestay juga cantik dan bersih . Nak menempah homestay , sila call Puan Rohayati 019-4584207 atau Cikgu Wan Zainal 013-9205658 . Jika anda mengunjungi daerah Dungun , jangan lupa untuk menginap di Seri Bayu Homestay !



Friday, October 15, 2010

Penggambaran Drama Ulik Mayang Di Daerah Dungun

Penggambaran Drama “Ulik Mayang” telah dijalankan di daerah Dungun dan bakal ditayangkan di Slot Lagenda TV3.

Tarikh :  23 Julai – 09 Ogos 2010
Masa :  Siang dan Malam
Tempat  :  Kawasan Pantai Teluk Lipat & Pantai Teluk Gadong
Pelakon terlibat :  Elly Mazlein, Fezrol Khan, Sabrina Ali, Fizo Omar, Seniwati Mariani, Mak Mah dan ramai lagi.
Pengarah Drama : Rashid Sibir






Sumber maklumat dan gambar dari website mpd.terengganu.gov.my

Wednesday, October 13, 2010

Tarian Ulik Mayang

Tarian Ulit Mayang sejenis tarian yang berunsurkan pemujaan. Dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Umar. Seni budaya ini dianggap sebagai satu khazanah budaya Terengganu yang cuba dipertahankan sehingga kini. Adalah difahamkan tarian ini merupakan satu permainan tradisi masyarakat melayu Terengganu yang tinggal di persisiran pantai  negeri Terengganu. Ia juga dikatakan berasal dari Tanah Seberang iaitu Kepulauan Jawa.

Ulit atau ulek adalah merujuk kepada berdondang atau mengulit-ngulit yang membawa makna menyeru-nyeru dengan nama memujuk-mujuk supaya kembali semula dan datang semula merujuk kepada makhluk halus. Ditarikan secara beramai-ramai antara 10 hingga 15 orang dalam bentuk bulatan untuk memuja Tuan Puteri Tujuh beradik. Ia biasanya diadakan pada waktu malam.


Kampung yang masih giat memperkembangkan kesenian ini ialah Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang. Mayang dibangkitkan semangat dan asalnya.Ketika persembahan ini berlangsung pemain-pemain sambil diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan-rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah dan tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini. Biasanya yang mengambil bahagian dalam persembahan ini berumur dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun.

Persembahan Ulit Mayang yang dimainkan untuk bersuka-suka sahaja, melambangkan suatu pemujaan yang mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh Beradik. Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan  membangkitkan asal Mayang. Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu. Doa dan bangkitan dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.

Mayang pinang digunakan oleh ketua pemujanya dalam keadaan bersila di tengah-tengah bulatan sambil menyanyi lagu antara lain senikatanya berbunyi:

        Umbuk mayang diumbuk
        Umbuk dengan jala jemala
        Sambut dayang kusambut
        Sambut dengan puteri ngesa

        Puteri ngesa berkain serong
        Puteri ngesa berbaju hijau
        Puteri ngesa bersubang gading
        Puteri ngesa bersanggol sendeng
        ( rangkap pertama di atas kemudian diulang dengan puteri dua dan seterusnya hingga puteri tujuh )

 
Mayang yang digunakan diasap kemeyan di dalam bekas bara api yang dinamakan Dupa untuk membangkit semangat dan asal mayang. Minyak kelapa juga disapukan pada mayang ketika diperasapkan supaya mayang itu kelihatan segar ketika diulit. Mayang hidup dapat dikesan apabila berlaku getaran pada Adi ( ketua pemuja ) yang seolah-olah kelihatan mayang tersebut bergetar dengan sendirinya. Ini akan membawa Adi atau pemegang mayang ke dalam situasi tidak sedarkan diri atau lupa.

Sumber maklumat dari forum cari.com.my

Sunday, October 10, 2010

Pembangunan Terbaru Di Kemaman


Pembangunan terbaru yang sedang giat dibina di kawasan Kijal . Giant dan Kemaman Mall berkemungkinan akan bermula beroperasi pada awal tahun depan .


Sumber gambar dari FB Kemaman