Tuesday, August 10, 2010

Bahulu

Sejarah asal kuih bahulu ini dipercayai dibawa ke tanah melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih Baulu ini merupakan kuih tradisional orang Melayu dari zaman dahulu. Masa dahulu untuk membuat kuih baulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk. 


Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak. Pada awalnya bentuk Bujur telur & Cermai. Kini masyarakat cina mula menggemarinya. Terhasillah bentuk anak ikan, udang, dan segala bentuk haiwan dimuka bumi ini. Malah kuih tradisi ini kini mendapat tempat dipasaran juga dikenali sebagai muffin crusty oleh orang inggeris. Kuih Baulu kini telah menjadi menu utama di dalam hidangan masyarakat Melayu pada hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan. Kemampuan menyediakan kuih bahulu yang baik dari segi rupa dan citarasa menjadi kebanggaan seseorang individu kerana ianya menjadi tumpuan kepada penggemar kuih bahulu. Walau kemana rataunya kuih ini tetap kuih tradisi orang melayu yang telah mendapat tempat dimata dunia.


Kuih bahulu terdiri dari 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah dari pembuat kuih traditional. Cara membuat ketiga-tiga jenis kuih bahulu tersebut agak mudah dan memerlukan resepi yang ringkas iaitu telur, tepung gandum, gula pasir, sedikit minyak masak/minyak sapi dan bahulu lapis dan gulung ditambah jem atau kaya.

Resepi Bahulu Moden

Bahannya:
6 biji telor ayam
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh esen vanila
1 camca teh bikarbonat soda
secubit garam


Cara Membuatnya:

- Telor dan gula dipukul dengan menggunakan mixer sehingga kembang. Kemudian dicampurkan pula esen vanila dan garam. 
- Setelah rata campurkan pula tepung yang telah diayak bersama bikarbonat soda sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga rata. Jika suka boleh juga dicampurkan sedikit esen hijau.
- Kemudian bolehlah dibakar kedalam ketuhar yang telah dipanaskan 200C terlebih dahulu selama 30-40 minit. Sedap dimakan ketika panas.


Resepi Bahulu Tradisional Terengganu

Bahan-bahan
Semangkuk telur ayam (sederhana besar)
Semangkuk gula pasir
Setengah kilo tepung gandum
Sedikit minyak masak
Acuan kuih bahulu atau kuih cara


*Goreng tepung sampai masak. Tanda masak tepung tidak melekat pada kuali dan berwarna kekuningan. Ini agar kuih jadi ringan.

Cara Membuatnya
- Pukul telur dan gula sampai kembang. Setelah kembang asingkan sedikit. 
- Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu
tidak melekat.
- Campurkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan. Bakar sehingga masak. 

2 comments:

Anonymous said...

berinfomasi ( =w=)b

Anonymous said...

sy suka bahulu :)

Post a Comment