Monday, September 6, 2010

Ketupat Palas


Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Ketupat ini berasal dari Pantai Timur . Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.


Bahan bahan (ingredients):
  • 4 tin susu beras pulut
  • 1 biji kelapa (ambil santan pekat)
  • Sedikit garam
  • Daun palas secukup kegunaan
Cara-cara 
  • Beras pulut dibersih, kemudian direndam, dibasuh dan toskan airnya. Setelah itu dikukus separuh masak.
  • Angkat & gaulkan dengan santan yang dicampur garam, kukuskan semula. Bila pulut telah masak angkat & sejukkan setelah itu bungkuskan didalam daun palas & rebus didalam air panas yang telah mendidih sehingga cukup tanak.
  • Setelah itu keluarkan & gantungkan supaya sejuk.
Cara Hidangan
  • Potongkan dan hidangkan bersama rendang daging @ ayam.

0 comments:

Post a Comment