Tuesday, November 30, 2010

Acara Piala Monsun / Monsoon Cup 2010 di Pulau Duyong, Kuala Terengganu


Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun adalah kejohanan kapal layar yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu diadakan di Pulau Duyong, Terengganu. Piala Monsun telah diadakan sejak 2005 lagi. Ia merupakan siri terakhir Jelajah "World Match Racing". Datuk Peter Gilmour dari Team PST, Australia merupakan penasihat kejohanan itu dan juga orang yang bertanggungjawab membawa Jelajah "World Match Racing" ke Malaysia. Piala Monsun ini akan diadakan sehingga 2012 kerana adanya perjanjian dengan penganjur iaitu World Match Racing Tour.


Sumber : Wikipedia


Piala monsun juga menjadikan Pulau Duyong menjadi sebuah tempat perlancongan yang bertaraf antarabangsa dengan adanya resort moden seperti Riyaz Heritage, Resort and Spa dan meningkatkan taraf aktiviti tradisional seperti membuat bot dan perahu kepada perkhidmatan membaiki kapal.


Piala Monsun juga telah memperkenalkan Terengganu di mata dunia dengan kedatangan pelancong-pelancong dari dalam dan luar Negara. Karnival yang diadakan juga telah menggalakkan pengenalan terhadap budaya Terengganu dan masyarakat Malaysia dengan adanya pertandingan menari 1 Malaysia 1 Budaya. . Pelbagai acara akan diadakan termasuk pameran, promosi Monsun Fest, karaoke Piala Monsun Idol, pertandingan mewarna kanak-kanak Tadika Kemas, sukaneka, Kuiz Monsun jaring gol, tarian shuffle, baling gelong warna, congkak rakyat, pertandingan membina kapal layar, selambut kasih, meniup belon dan rebut gula-gula. Acara ini akan bermula dari 30 November hingga 5 Disember 2010 di Pulau Duyong, Terengganu, Malaysia. Untuk keterangan lanjut, sila kunjungi laman web rasmi Piala Monsun di http://www.monsooncup.com.my/   atau FB page Monsoon Cup Malaysia




Sumber gambar : FB Monsoon Cup Malaysia 

0 comments:

Post a Comment