Thursday, November 11, 2010

Terjawab Sudah Segala Persoalan


Setelah dijemput ke Majlis Penyampaian Hadiah (PBPT) 2010 di Hotel Primula Beach Resort melalui email . Akhirnya terjawab sudah semua persoalan mengenai siapa pemenang untuk semua kategori pada 2 November yang lepas .


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah untuk kemenangan blog saya iaitu tempat yang ketiga . Saya tidak menyangka blog saya akan terpilih untuk menang tempat ketiga kerana jangkaan saya blog saya akan menang saguhati saja . Berkemungkinan ada bahagian blog saya yang dinilai oleh hakim berpadanan dari segi kriteria.


Ucapan oleh YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said iaitu Menteri Besar Terengganu



Gimik sebelum penyampaian hadiah


Saya juga sempat berbual dan berkenalan dengan peserta-peserta blog Terengganu yang duduk semeja dengan saya iaitu Fatin , Aisyah , Iqa , Mak Fairus ( Fairuz sedang belajar di luar negara ) . Semuanya baik dan peramah sekali . Sayang sekali tidak berkesempatan untuk berkenalan dengan semua peserta-peserta yang lain disebabkan masa yang tidak mengizinkan .

Bersama dengan Adik Fatin pemilik blog Terengganu Revealed


Selepas penyampaian hadiah yang mendebarkan , terdapat jamuan ringan untuk para peserta . Makanan yang disediakan sangat sedap dan banyak sekali . Majlis habis pada pukul 7.00 malam .


0 comments:

Post a Comment